RANGKA PENULISAN KAJIAN TINDAKAN
Kandungan Penulisan Kajian Tindakan
Penulisan kajian tindakan tidak jauh berbeza dengan penulisan jenis kajian lain seperti kajian kuantitatif, kualitatif, atau kajian campuran. Elemen-elemen asas penulisan tetap dikekalkan, antaranya abstrak, refleksi, objektif, metodologi, dapatan, perbincangan, dan penutup. Namun, penulisan kajian tindakan lebih menekankan kepada penyelesaian masalah secara praktikal dalam konteks bilik darjah atau persekitaran pendidikan tertentu. Oleh itu, gaya penulisan lebih bersifat reflektif dan berasaskan pengalaman sebenar pengkaji.
Ciri utama penulisan kajian tindakan adalah penekanan terhadap perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran. Dalam penulisan ini, aspek refleksi memainkan peranan penting kerana proses mereflek menonjolkan pemikiran kritis guru terhadap amalan sedia ada, cabaran murid, serta intervensi yang dijalankan. Peranan model kajian tindakan, instrumen, sampel, serta kaedah analisis data tetap ada seperti dalam kajian lain, namun lebih terarah kepada konteks yang khusus dan penyelesaian masalah yang realistik.
Secara ringkas, penulisan kajian tindakan mengekalkan struktur asas sebuah penulisan ilmiah tetapi menambah elemen praktikal seperti bukti bergambar, dialog, jadual pemerhatian, atau dokumen pengajaran. Aspek keaslian, keberkesanan intervensi, serta kebermaknaan dapatan terhadap amalan guru dan pembelajaran murid menjadi nilai tambah yang membezakan kajian tindakan daripada penulisan kajian akademik yang lain.
Perbandingan Isi Kandungan Kajian Tindakan dengan Jenis Kajian Lain
Bahagian | Kajian Tindakan | Kajian Lain (Umum) |
Abstrak | Refleksi isu, objektif, metodologi (model, instrumen, sampel, analisis), dapatan, implikasi | Latar belakang, objektif, metodologi (reka bentuk, instrumen, sampel, analisis, dapatan, cadangan, implikasi |
Refleksi | Wajib: refleksi guru, cabaran murid, amalan sedia ada, bukti bergambar/jadual/dokumen | Jarang digunakan; lebih bersifat literatur dan teori |
Objektif | Spesifik A-B-C-D, SMART, fokus kepada amalan pengajaran/pembelajaran | Bersifat SMART dan menjawab persoalan kajian |
Metodologi | Model kajian tindakan, instrumen, sampel, analisis data | Reka bentuk kajian, (kuantitatif/kualitatif), instrumen, sampel, analisis data |
Dapatan | Boleh kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya, fokus pada kesan intervensi | Mengikut reka bentuk – kuantitatif/ kualitatif/ campuran |
Perbincangan | Kaitkan dapatan dengan objektif, konteks bilik darjah, teori/model pembelajaran | Kaitkan dapatan dengan hipotesis, literatur terdahulu |
Penutup | Rumusan, signifikan, keaslian, applicability, implikasi | Kesimpulan, limitasi kajian, cadangan kajian masa depan |
Huraian Setiap Elemen Penulisan Kajian Tindakan
1. Abstrak
- Pengenalan ringkas (isu)
- Refleksi kepada permasalahan
- Objektif kajian tindakan
- Metodologi (model kajian tindakan, instrumen, sampel, analisis)
- Ringkasan dapatan utama
- Implikasi/signifikan kajian
- Ditulis secara padat (±250 patah perkataan)
2. Refleksi
Refleksi Latar Belakang Penulis/Pendidik
- Pengenalan penulis (guru/pendidik)
- Pengalaman mengajar
- Latar tempat mengajar
- Latar murid yang diajar
Refleksi Kesukaran/Cabaran Murid
- Isu pembelajaran murid (contoh: lemah penguasaan konsep, motivasi rendah)
- Bukti: catatan, pemerhatian, skor ujian, rekod kehadiran, dsb
Refleksi Amalan Sedia Ada
- Kaedah PdPc yang digunakan sebelum ini
- Keberkesanan dan kelemahan
Bukti Refleksi
- Gambar aktiviti murid
- Jadual perbandingan skor
- Petikan dialog murid
- Dokumen sokongan (lembaran kerja, hasil kerja murid)
3. Objektif
- Dirumus secara A-B-C-D (Audience, Behaviour, Condition, Degree)
- Audience: murid tahun/tingkatan berapa.
- Behaviour: apa kemahiran/tingkah laku yang ingin dicapai.
- Condition: dalam keadaan apa (situasi, intervensi).
- Degree: tahap pencapaian yang diharapkan.
- Perlu bersifat SMART (Specific, Measurable, Achievable, Relevant, Time-bound)
- Contoh: Pada akhir intervensi, murid Tahun 4 dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 8/10 soalan pecahan dengan bimbingan guru menggunakan kaedah permainan matematik.
4. Metodologi
- Model kajian tindakan (contoh: Kemmis & McTaggart, Kurt Lewin).
- Prosedur pelaksanaan intervensi (plan, act, observe, reflect)
- Instrumen (Senaraikan alat yang digunakan (lembaran kerja, soal selidik, rubrik pemerhatian, ujian pra-pasca, temu bual).
- Sampel (Nyatakan bilangan murid, tahap/kelas, dan ciri-ciri khusus (misalnya murid lemah, sederhana, cemerlang).
- Analisis (Kaedah analisis kuantitatif (skor, peratus, min, graf); Kaedah analisis kualitatif (tema, kod, naratif))
5. Dapatan
Persembahan hasil dalam bentuk:
- Jadual keputusan pra dan pasca intervensi.
- Carta/graf perbandingan.
- Petikan temu bual.
- Bukti visual hasil kerja murid.
*Tunjukkan keberkesanan intervensi.
6. Perbincangan
- Huraikan dapatan mengikut objektif kajian.
- Kaitkan dengan teori atau model pembelajaran (contoh: Teori Konstruktivisme, Teori Motivasi ARCS).
- Terangkan bagaimana intervensi berjaya/kurang berjaya.
- Bandingkan dengan kajian lepas jika ada.
7. Penutup
- Rumusan keseluruhan dapatan.
- Keunikan/keaslian intervensi.
- Signifikan kepada guru dan murid.
- Applicability (boleh digunapakai oleh guru lain).
- Keaslian (nilai baharu dalam PdP).
- Implikasi untuk amalan pengajaran masa depan.
Contoh Rangka Artikel Kajian Tindakan
Tajuk Kajian Tindakan Tajuk Kajian Tindakan
Maklumat Penulis
Nama Penulis
Organisasi
Emel
Tajuk Kajian Tindakan Tajuk Kajian Tindakan
Maklumat Penulis
Nama Penulis
Organisasi
Emel
Abstrak
Perlu ada pengenalan, permasalahan/isu, objektif, metodologi (model, instrumen, sampel, analisis), dapatan, implikasi. Perlu ada pengenalan, permasalahan/isu, objektif, metodologi (model, instrumen, sampel, analisis), dapatan, implikasi. Perlu ada pengenalan, permasalahan/isu, objektif, metodologi (model, instrumen, sampel, analisis), dapatan, implikasi.
Refleksi
Refleksi latar belakang penulis, refleksi kesukaran/cabaran murid, refleksi amalan sedia ada guru, refleksi bukti bergambar/jadual/dialog/dokumen. Refleksi latar belakang penulis, refleksi kesukaran/cabaran murid, refleksi amalan sedia ada guru, refleksi bukti bergambar/jadual/dialog/dokumen. Refleksi latar belakang penulis, refleksi kesukaran/cabaran murid, refleksi amalan sedia ada guru, refleksi bukti bergambar/jadual/dialog/dokumen.
Objektif
- Bersifat ABCD dan SMART (Specific, Measurable, Achievable, Relevant, Time-bound). Bersifat ABCD SMART Bersifat ABCD SMART.
- Bersifat ABCD dan SMART. Bersifat ABCD SMART Bersifat ABCD SMART.
Metodologi
Metodologi perlu ada model kajian tindakan (contoh: Kemmis & McTaggart/Kurt Lewin), prosedur pelaksanaan, instrumen (alat pengukuran), sampel (responden), analisis (kaedah data). Metodologi perlu ada model kajian tindakan (contoh: Kemmis & McTaggart/Kurt Lewin), prosedur pelaksanaan, instrumen (alat pengukuran), sampel (responden), analisis (kaedah data). Metodologi perlu ada model kajian tindakan (contoh: Kemmis & McTaggart/Kurt Lewin), prosedur pelaksanaan, instrumen (alat pengukuran), sampel (responden), analisis (kaedah data).
Dapatan
Dapatan perlu ada hasil kuantitatif (graf, jadual, skor), kualitatif (tema, naratif, petikan temu bual), atau kedua-duanya. Dapatan perlu ada hasil kuantitatif (graf, jadual, skor), kualitatif (tema, naratif, petikan temu bual), atau kedua-duanya. Dapatan perlu ada hasil kuantitatif (graf, jadual, skor), kualitatif (tema, naratif, petikan temu bual), atau kedua-duanya.
Perbincangan
Perbincangan perlu ada dapatan ikut objektif, kaitkan dengan konteks kajian, hubungkan dengan teori/model pembelajaran, bandingkan dengan kajian lepas (jika ada). Perbincangan perlu ada dapatan ikut objektif, kaitkan dengan konteks kajian, hubungkan dengan teori/model pembelajaran, bandingkan dengan kajian lepas (jika ada). Perbincangan perlu ada dapatan ikut objektif, kaitkan dengan konteks kajian, hubungkan dengan teori/model pembelajaran, bandingkan dengan kajian lepas (jika ada).
Penutup
Penutup perlu ada rumusan keseluruhan, keunikan/keaslian, signifikan, applicability (boleh diguna pakai guru lain), novelty (nilai baharu), implikasi. Penutup perlu ada rumusan keseluruhan, keunikan/keaslian, signifikan, applicability (boleh diguna pakai guru lain), novelty (nilai baharu), implikasi. Penutup perlu ada rumusan keseluruhan, keunikan/keaslian, signifikan, applicability (boleh diguna pakai guru lain), novelty (nilai baharu), implikasi.
